Bahan-bahan
230 g tepung roti
50 g tepung wholemeal
1 st yis segera
1 sb parsli kering
1 sb gula
Secubit garam
180 g air sejuk
20 g minyak jagung
Caranya
Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan kecuali air dan minyak. Gaul adunan guna dough hook. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli hingga air habis. Uli hingga adunan tidak melekat di mangkuk.
Masukkan minyak dan terus uli hingga mendapat doh yang lembut dan kenyal.
Perap doh selama 1 jam.
Tumbuk doh,bentukkan bujur dan letak dalam proofing basket. Perap lagi 1 jam.
Bakar adunan selama 40 minit dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 180 darjah celcius.
Setelah roti sejuk,potong roti secara melintang dan bersilang.
Bahan untuk sapuan
25 g bawang putih ditumbuk halus
35 g mentega
Daun parsli kering
Gaul semua bahan dan sapukan di celah-celah belahan roti.
Mozarella cheese di potong dan hiris nipis. Masukkan di celah-celah belahan roti juga.
Tutup roti menggunakan aluminium foil dan bakar dalam oven bersuhu 180 darjah celcius selama 15 minit. Keluarkan aluminium foil dan bakar lagi selama 5 minit.