Tuesday, 15 March 2016

MARUKU MANIS


Hari ni kita  buat kudap-kudap pula. Senang dan mudah saje,cuma memakan masa sewaktu menggorengnya. Kena bersabar menanti kerana menggunakan api perlahan agar maruku masak didalam dan rangup.

Bahan-bahan

1 peket(500 g) tepung pulut
1 cawan tepung jagung
1/2cawan gula kaster
2 biji telur
2 cawan santan
Air secukupnya.



Caranya.

1. Masukkan semua bahan kecuali air dalam mangkuk adunan.


2. Gaul semua bahan,perlahan-lahan masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus menguli. Doh yang terhasil mestilah lembut tetapi tidak melekat di tangan.


3. Panaskan minyakbdalam kuali dengan api perlahan.


4. Masukkan sedikit adunan dalam acuan maruku dan ditekan kedalam kuali yang telah panas.


5   Goreng hingga warna kekuningan. Angkat dan toskan minyak. Dah sejuk baru di simpan dalam bekas kedap udara.


Monday, 14 March 2016

KEK BELANG TIGA



Kek yang dibuat untuk bonda tercinta. Kek ini tidak menggunakan mentega sebaliknya marjerin kerana bonda tidak makan  bahan berasaskan tenusu.


Bahan-bahan

300 g marjerin
260 g tepung gandum
20 g tepung jagung
1 st baking powder
5 biji telur gred A
200 g gula castor
1 sb ovalet
1 st esen vanila
3 sb serbuk coklat
Pewarna hijau dan merah
Perasa pandan dan ros

Caranya

1. Putar marjerin hingga lembut dan berkrim.  Masukkan tepung dan kacau sebati.


2. Dalam mangkuk lain,putar telur,gula dan ovalet hingga kembang.


3. Satukan adunan marjerin dengan adunan telur. Kacau sebati.


4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
    Satu dibiarkan warna asal dan diletak esen vanila.
   Satu lagi di letak pewarna  hijau dan perasa pandan.
   Satu lagi di letak pewarna merah  dan esen ros.


5. Masukkan separuh adunan warna asal kedalam acuan empat persegi 8 inci.
    Taburkan serbuk koko di permukaannya.


6. Masukkan separuh adunan merah pula dan taburkan serbuk koko.


7. Masukkan separuh  adunan hijau dan tabur serbuk koko.


8. Ulang  semula langkah diatas bagi separuh lagi adunan ketiga- tiga warna.
    Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160 c selama 55 minit.
    Keluarkan dari oven  dan sejukkan. Bila dah sejuk,keluarkan dari acuan.




Resepi asal  kek marble trio dari Mat gebu@Dapur tanpa sempadan. Saya olah sikit resepi che mat,jgn marah ye.

Sunday, 13 March 2016

SAYUR CAMPUR

Bahan-bahan

1 biji lobak merah
10 batang kacang buncis
3 batang putik jagung
2 kelopak bunga kobis
2 kelopak brokoli
1 biji cili merah
 1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
Sedikit udang kering
1 sudu makan sos tiram
Garam
Caranya.

1. Sayur -sayur  dicuci dan dipotong. Cili merah juga dipotong separuh darinya,yg separuh lg untuk ditumbuk.


2. Tumbuk cili merah,bawang putih,bawang  merah dan udang kering.

3. Tumis bahan tumbuk hingga garing.



4. Masukkan 1/2 cawan air. Biarkan mendidih.


5. Masukkan potongan lobak merah. Biar seketika.


6. Masukkan bunga kobis dan putik jagung. Biar seketika.


7. Masukkan kacang buncis dan brokoli serta cili merah.


8. Masukkan sos tiram dan perasakan dengan sedikit garam. Bila semua dah empuk boleh diangkat.

DAGING MASAK MERAH


Bahan-bahan

1/2 kg daging batang pinang
1 biji tomato
1 biji lada hijau
2 biji bawang besar
3 batang serai
 2 inci halia
2 inci lengkuas
4 ulas bawang putih
4 sudu makan cili kisar
3 sm sos tomato
 2sm sos cili
asam jawa
Air secukupnya
Garam,gula


Caranya.

1. Daging dipotong dan dicuci. Rendam dalam air asam jawa selama 1/2 jam.


2. Kisar lumat 1 biji bawang besar,serai,bawang putih,halia dan lengkuas.



3. 1 biji bawang besar yang lagi satu,separuh darinya dipotong dadu dan separuh lg untuk hiasan,dibelah 2.

4. Tumis bawang besar yang didadu.


5. Masukkan cili kisar,biar agak garing baru masukkan bahan kisar.

6. Masukkan cili sos dan sos tomato. Biar hingga naik minyak.


7. Masukkan daging dan air.


8. Perlahankan api dan biarkan daging masak. Masukkan tomato,bwg besar dan cili hijau yg telah dipotong. Perasakan dengan garam dan gula. Biar seketika,barulah diangkat.