Friday, 11 March 2016

KENALI BAHAN-BAHAN DALAM MASAKAN

Hari ni mak nak share beberapa gambar bahan-bahan yang biasa digunakan ketika memasak.




Daun kunyit












                                            Daun kari







Lada hitam


Halba

Asam gelugur@asam keping




Gambar ehsan dari google

NASI AYAM



4 cawan beras,dicuci dan toskan
1 biji tomato
1 biji timun
Daun salad
Daun sop
Daun bawang
Bawang goreng

8 ketul ayam,direbus dengan 3 cawan air. Letak 1 st jintan manis,1 st jintan putih dan 1 st ketumbar. 1 potong halia. Rebus hingga ayam empuk.
Tapis. Simpan air rebusan ayam.

Bahan perap

1 biji bawang besar
 2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu makan cili kisar
 2 sudu gula melaka 1/2cawan air
2 sudu madu
2 sudu sos lada hitam
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap


Blender bawang besar,bawang putih dan halia.

Masak cili kering kisar bersama 1/2cawan air dan gula melaka hingga pekat.

Perap ayam bersama bahan blender,cili,sos tiram,sos lada hitam,kicap  dan madu selama 2 jam. Letak sedikit mentega atas ayam sebelum di bakar.


Bakar dlm oven selama 30 minit.

Sos
4 sudu besar cili kisar dimasak bersama 1/2cawan air. Letak gula dan garam. Biar kuah agak pekat.
Nasi

Beras yang telah dicuci tadi dimasukkan ke dalam periuk dan masukkan air rebusan ayam. Masukkan juga sehiris halia dan sedikit garam.

Sop

Air rebusan ayam selebihnya dimasak bersama sedikit bunga lawang ,kulit kayu manis. Perasakan garam dan letak daun sop dan daun bawang yang telah dihiris.

Bolehlah dihidangkan nasi bersama ayam,sop,timun,tomato,salad dan sos.


Nota

Berikut adalah gambar rempah ratus yg ada digunakan,bagi pengetahuan sesiapa yg tidak mengenalinya.


                                     




KEK SARANG SEMUT @ KEK GULA HANGUS




Bahan-bahan

1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sb mentega

4 biji telur
1 st esen vanilla
3/4 cawan susu pekat manis

1 cawan tepung gandum
2 st soda bikarbonat.
1/2 sb baking powder

Cara

1. Sediakan acuan,lapik dengan kertas alas.
2. Buat gula hangus. Masukkan 1 cawan gula pasir dalam periuk. Panaskan sampai cair.


Kemudian masukkan air panas,kacau dan masukkan mentega. Kacau dan biar
seketika. Tutup api dan sejukkan.


3. Pukul telur dan esen vanilla hingga kembang. Masukkan susu pekat manis. Kacau sebati.


4. Masukkan tepung,soda bikarbonat dan baking powder yg telah diayak bersama,sedikit demi sedikit hingga habis. Kaup balik menggunakan spatula.


5.Masukkan gula hangus yang di sejukkan tadi dan kacau sebati.


6. Tapis adunan kedalam acuan.


7. Tutup dengan aluminium foil dan perap selama 3 jam.


8. Panaskan oven pada suhu 160 darjah celcius.
 Bakar kek selama 50 minit menggunakan api atas sahaja.
 Kemudian 10 minit lagi menggunakan api atas dan bawah.



Sumber resepi: LailyRahman@resepi.net

Thursday, 10 March 2016

KEK COKLAT MINI KUKUS



Bahan A

3/4cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan susu segar perisa coklat
1 cawan minyak jagung

Bahan B

1 1/4 cawan tepung gandum
1 st soda bikarbonat
1 st baking powder

Bahan C
 3 biji telur,dipukul.



Caranya
1. Masukkan kesemua bahan A dalam periuk dan masak atas api kecil sehingga semua bahan larut. Angkat dan sejukkan.


2. Masukkan telur dan kacau sebati.


3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di kacau hingga tepung habis.



4.Tapis adunan.


5. Panaskan pengukus.


6. Sudukan adunan kedalam bekas. Sy letak 1 scoop aiskrim +1 sudu teh adunan untuk setiap bekas.


7. Tutup atasnya dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 min.


Boleh dapat dalam 30 biji.

8. Kemudian bila dah sejuk,bolehlah diletakkan topping coklat ganache  diatas kek.

Bahan untuk coklat ganache
100 g coklat masakan
50 g mentega
2 sb madu
125 ml susu segar


Kesemua bahan dimasak secara double boiler. Kacau hingga pekat. Api perlahan.


Nota.
Jika mahu kukus adunan kek semua sekali boleh guna acuan bulat 8 inci.

Sumber resepi: Lilyvalley@myresipi