Friday, 4 March 2016

KEK LAPIS RED VELVET


Kek yg dibuat untuk anak-anak bawa balik ke kolej.
Sediakan acuan 4 persegi ukuran 8×8 inci,lapik dasarnya dgn kertas.

Bahan untuk Lapisan Merah
250 g mentega,suhu bilik
5 biji telur gred A
 150 g tepung hong kong
85 g tepung superfine/tepung kek
2 sudu makan serbuk koko
160 g gula kaster
150g susu pekat manis
135 g yogurt drink perisa mixed berries
1 st ovalet
Pewarna merah

Caranya
1. Dalam mangkuk pengadun,pukul mentega dan susu pekat hingga putih berkrim.
2. Dalam bekas lain pukul telur,gula,ovalet hingga kembang. High speed dlm  5min.Tukar ke min speed dan masukkan tepung dan serbuk koko sedikit demi sedikit hingga habis.

3. Satukan adunan no 1 dan no 2 tadi.

4. Masukkan yogurt drink dan pewarna merah,gaul hingga sebati.

5. Bahagikan adunan merah ini kepada 4 bekas berasingan,sama banyak.

Bahan Lapisan cheese
500 g cream cheese,suhu bilik
3 biji telur gred A
120 g gula kaster
Esen vanila

Caranya

Putar cream cheese hingga lembut. Masukkan gula,putar lagi hingga sebati. Masukkan telur dan esen vanila. Putar hingga sebati.

Bahagikan adunan cheese kepada 3 bekas sama banyak.
Cara membakar
Panaskan oven  pada suhu 140 c. Lapisan pertama dan kedua adunan merah.
Lapisan pertama bakar api atas bawah selama 10 min.
Lapisan seterusnya guna api atas sahaja.
Setelah bakar 2 lapis warna merah,letak satu bekas adunan cheese dan bakar api atas shj dlm 7 min.
Selangselikan hingga habis.
2 lapisan merah,1 lapisan cheese,2M,1C,2M,1C,2M,1C,2M.
Lapisan merah yg teratas sekali bakar guna api atas bawah selama 20 min,dan tutup permukaan kek dgn aluminium foil supaya tak hangus.

Sejukkan kek sebelum dikeluarkan dari acuan.


Sumber:Sury Abil,Sunah Sakura,PuteriManja,,Resepicitarasawan

Asam Pedas Ikan Bawal

ini salah satu menu untuk makan tengahhari hari ini.

Bahan-bahan
1/2 ekor ikan bawal,dicuci bersih
6 batang kacang bendi
1/2 biji tomato
1 batang serai,diketuk
1/2 biji bawang besar
5 sudu makan cili kering kisar
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 biji buah keras
Air asam jawa
1 1/2 cawan air
Garam secukupnya

Cara-caranya


1. Tmbuk bawang putih,bawang merah dan buah keras.Bawang besar di potong dadu.
2.panaskan 2 senduk kecil minyak masak.

3. Tumis bawang besar yg telah di dadu tadi.
4. Setelah agak garing dan naik bau ,masukkan cili kisar. Kacau hingga garing dan naik minyak. Masukkan serai dan bahan yg ditumbuk td. Kacau lg dan biar seketika.
5.masukkan sedikit air asam jawa. Biar mendidih. Tambah air dan biarkan menggelegak. Masukkan ikan.
6. Setelah ikan agak masak,masukkan bendi. Biar seketika baru masukkan tomato.
7. Letak garam secukupnya(lebih kurang 1/2sudu teh)

Nota. Ini buah keras
 
Cili kering kisar
Ikan,bendi,tomato,bwg putih,bwg merah,asam jawa,bwg besar
Ini adalah resepi olahan sendiri yg biasa mak masak

Thursday, 3 March 2016

Kek lapis asam manis



Kek ini dibuat pada 18 feb lalu,baru sempat nak update.

Sumber:DayangJack@Dapurku sayang

Sediakan acuan empat persegi 8×8inci,lapik kertas di dasarnya,tepi acuan tak perlu diglis.

Bahan A
10 biji telur gred A
130 g gula kaster
1 sb ovalet
1 sk esen vanilla

Bahan B
450 g mentega,suhu bilik
200 g susu pekat manis

Bahan C
200 g tepung biskut marie(biskut marie dikisar halus,diayak dan ditimbang)
100 g tepung hong kong (diayak)
Asam hawflakes secukupnya
Pewarna hijau dan kuning

Cara membuatnya
1. Dalam mangkuk pengadun,pukul bahan A hingga kembang (guna ballon whisk hook,high speed selama 10 minit)

2. Dalam mangkuk lain putar bahan B hingga putih berkrim (k hook,speed 4 selama 5 min)

3.Satukan bahan no 1 dan no 2 tadi. Kacau sebati guna spatula.

4. Masukkan tepung biskut marie dan tepung hong kong sedikit demi sedikit sambil di kacau. Pastikan adunan benar-benar sebati.

5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian,satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna kuning.
6.Mulakan melapis dengan warna kuning sebanyak 7 sudu makan.
7. Bakar dalam oven bersuhu 150 c yg telah dipanaskan terlebih dahulu. Selama 10 minit atau permukaan kek keperangan menggunakan api atas dan api bawah.
8.   Keluarkan kek dan tekan menggunakan penekan kek sebelum meletakkan lapisan seterusnya.
9.Letakkan selapis lagi warna kuning(6 sudu makan) dan susun asam hawflakes di atasnya.
10. Bakar selama 10 min menggunakan api atas sahaja. Lapisan seterusnya juga semuanya guna api atas sahaja.
11. Buat 2 lapis warna hijau pula dan selangkan 2 lapis kuning dan seterusnya. Setiap lapisan kuning susun asam.
Lapisan terakhir warna kuning,dibakar menggunakan api atas dan api bawah selama 20 min.. Tutup permukaan kek dgn aluminium foil supaya tak hangus.
Pastikan kek benar-benar sejuk baru dikeluarkan dari acuan.
Bolehlah dipotong.

Roti wholemeal/Roti serat separa BM

Bahan-bahan
1 biji telur dikocok dan dibahagi dua
1/4 cawan gula
2 sb susu pekat manis
200 g tepung roti
300g tepung wholemeal
2 sb marjerin
1 sb shortening
11 g yis segera

Cara-caranya
Campurkan separuh telur,susu pekat dan gula.Tambah air sehingga menjadi 300 ml. Kacau sebati.
Masukkan air,tepung,marjerin,shortening dan yis mengikut turutan bread maker anda,.
Tutup penutup dan pilih program yg dikehendaki. Sy mahu bakar roti sy di dlm oven biasa maka sy memilih prog mengadun,menguli dan rehat. BM sy prog 12 (leavened dough).
Setelah 1 1/2 jam keluarkan doh dan tumbuk2 untuk buang angin. Bulat2kan doh dan letak dlm proofing basket.
Rehatkan 1 jam lg. Alih doh kedalam dulang pembakar dan bakar selama 40  min suhu 160c.
Untuk mendapatkan permukaan yg rangup,spray air di permukaan doh sebelum

dibakar.Boleh juga diletakkan dulang berisi ais batu di sebelah bawah rak oven.
Bread maker/machine(pengadun roti) jenama pensonic.


Doh yg sudah dikelarkan dari BM direhatkan dalam proofing basket. Dlm bakul tu dah di tabur tepung beras,tpg gandum dan serbuk flaxseed.


Sedap disapu dengan mentega campur bawang putih dan dibakar semula seketika dlm oven.

#resepirotiwholemeal,
Resepi ini sy olah dan ubahsuai daripada sumber berikut: Kayumaniskorner563

Wednesday, 2 March 2016

Resepi wholemeal bread/Roti gandum penuh

Bahan  bahan A
120 g tepung wholemeal
85 g tepung roti
1 st yis segera
130 g air

Bahan bahan B
85 g tepung roti
15 g gula
10 g flaxseed di mesin halus
50 g air
15 g mentega,dicairkan

Cara-cara
Campurkan kesemua bahan A  kecuali air dalam mangkuk. Buatkan lubang ditengahnya dan masukkan air. Kacau hingga membentuk doh yang lembut. Tutup dengan cling film dan biarkan rehat selama 1 1/2jam.
Masukkan bahan B kedalam mangkuk pengadun yg telah dipasang dengan dough hook. Masukkan bahan yg diperap diatass tadi.  Uli sehingga mendapat doh yg lembut dan elastik.
Tutup mangkuk dan rehatkan doh selama 1 jam lagi.
Setelah doh naik sekali ganda,kempiskan doh dgn menekan untuk membuang angin.
Bentukkan doh menjadi bulat memanjang dan masukkan dlm acuan roti. Tutup.
Rehatkan lagi selama 1 jam.
Bakar selama 40 min dengan suhu oven 180 c

Resepi ini saya olah dari sumber berikut:cathy-joy.blogspot.my