Monday, 28 March 2016

Wholemeal buns



Bahan-bahan

1/2 cawan air suam
2 sb yis  segera
1 cawan susu suam
1/2 cawan mentega,suhu bilik
1/4 cawan madu
3 biji telur
4 cawan tepung wholemeal
1 st garam
1/2 cawan + 3 sb tepung roti

Caranya

1. Larutkan yis dalam air suam. Ketepikan.

2. Putar mentega dan madu menggunakan paddle attachment. Masukkan telur,kacau sebati. Masukkan susu dan campuran yis tadi.

3. Masukkan 4 cawan tepung wholemeal dan garam. Gaul hingga sebati.

4.  Tukar kepada dough hook dan uli dalam 2-3 minit. Tambah tepung roti 1/2 cawan,uli lagi. Tambah tepung roti 3 sb dan terus uli hingga mendapat doh yang lembut dan kenyal.

5. Perap doh selama 1 jam.

6. Tumbuk doh dan bahagikan kepada 24 bahagian. Bulat-bulatkan dan rehatkan selama 1 jam lagi.

7. Sapu permukaan roti dengan susu cair dan tabur flaxseed.



8. Bakar dalam oven bersuhu 180 darjah celcius selama 20-25 minit.