Kek yang dibuat untuk bonda tercinta. Kek ini tidak menggunakan mentega sebaliknya marjerin kerana bonda tidak makan bahan berasaskan tenusu.
300 g marjerin
260 g tepung gandum
20 g tepung jagung
1 st baking powder
5 biji telur gred A
200 g gula castor
1 sb ovalet
1 st esen vanila
3 sb serbuk coklat
Pewarna hijau dan merah
Perasa pandan dan ros
Caranya
1. Putar marjerin hingga lembut dan berkrim. Masukkan tepung dan kacau sebati.
2. Dalam mangkuk lain,putar telur,gula dan ovalet hingga kembang.
3. Satukan adunan marjerin dengan adunan telur. Kacau sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
Satu dibiarkan warna asal dan diletak esen vanila.
Satu lagi di letak pewarna hijau dan perasa pandan.
Satu lagi di letak pewarna merah dan esen ros.
5. Masukkan separuh adunan warna asal kedalam acuan empat persegi 8 inci.
Taburkan serbuk koko di permukaannya.
6. Masukkan separuh adunan merah pula dan taburkan serbuk koko.
7. Masukkan separuh adunan hijau dan tabur serbuk koko.
8. Ulang semula langkah diatas bagi separuh lagi adunan ketiga- tiga warna.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160 c selama 55 minit.
Keluarkan dari oven dan sejukkan. Bila dah sejuk,keluarkan dari acuan.
Resepi asal kek marble trio dari Mat gebu@Dapur tanpa sempadan. Saya olah sikit resepi che mat,jgn marah ye.
No comments:
Post a Comment