Tuesday, 15 March 2016

MARUKU MANIS


Hari ni kita  buat kudap-kudap pula. Senang dan mudah saje,cuma memakan masa sewaktu menggorengnya. Kena bersabar menanti kerana menggunakan api perlahan agar maruku masak didalam dan rangup.

Bahan-bahan

1 peket(500 g) tepung pulut
1 cawan tepung jagung
1/2cawan gula kaster
2 biji telur
2 cawan santan
Air secukupnya.



Caranya.

1. Masukkan semua bahan kecuali air dalam mangkuk adunan.


2. Gaul semua bahan,perlahan-lahan masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus menguli. Doh yang terhasil mestilah lembut tetapi tidak melekat di tangan.


3. Panaskan minyakbdalam kuali dengan api perlahan.


4. Masukkan sedikit adunan dalam acuan maruku dan ditekan kedalam kuali yang telah panas.


5   Goreng hingga warna kekuningan. Angkat dan toskan minyak. Dah sejuk baru di simpan dalam bekas kedap udara.


6 comments:

  1. Terima kasih EI.. Dah lama sy cari resipi ni. Sy cuba buat ya..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih EI.. Dah lama sy cari resipi ni. Sy cuba buat ya..

    ReplyDelete
  3. Terima kSih dah lama betul saya cari resepi ini.. Lebih drp 30thn..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih... dapat juga saya cari resipi ini.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih share resipi

    ReplyDelete