1 biji telur dikocok dan dibahagi dua
1/4 cawan gula
2 sb susu pekat manis
200 g tepung roti
300g tepung wholemeal
2 sb marjerin
1 sb shortening
11 g yis segera
Cara-caranya
Campurkan separuh telur,susu pekat dan gula.Tambah air sehingga menjadi 300 ml. Kacau sebati.
Masukkan air,tepung,marjerin,shortening dan yis mengikut turutan bread maker anda,.
Tutup penutup dan pilih program yg dikehendaki. Sy mahu bakar roti sy di dlm oven biasa maka sy memilih prog mengadun,menguli dan rehat. BM sy prog 12 (leavened dough).
Setelah 1 1/2 jam keluarkan doh dan tumbuk2 untuk buang angin. Bulat2kan doh dan letak dlm proofing basket.
Rehatkan 1 jam lg. Alih doh kedalam dulang pembakar dan bakar selama 40 min suhu 160c.
Untuk mendapatkan permukaan yg rangup,spray air di permukaan doh sebelum
Bread maker/machine(pengadun roti) jenama pensonic.
Doh yg sudah dikelarkan dari BM direhatkan dalam proofing basket. Dlm bakul tu dah di tabur tepung beras,tpg gandum dan serbuk flaxseed.
Sedap disapu dengan mentega campur bawang putih dan dibakar semula seketika dlm oven.
#resepirotiwholemeal,
Resepi ini sy olah dan ubahsuai daripada sumber berikut: Kayumaniskorner563
No comments:
Post a Comment