Menyimpan koleksi resepi masakan yang pernah dicuba untuk tatapan dan rujukan anak-anak bila memerlukan.
Thursday, 3 March 2016
Kek lapis asam manis
Kek ini dibuat pada 18 feb lalu,baru sempat nak update.
Sumber:DayangJack@Dapurku sayang
Sediakan acuan empat persegi 8×8inci,lapik kertas di dasarnya,tepi acuan tak perlu diglis.
Bahan A
10 biji telur gred A
130 g gula kaster
1 sb ovalet
1 sk esen vanilla
Bahan B
450 g mentega,suhu bilik
200 g susu pekat manis
Bahan C
200 g tepung biskut marie(biskut marie dikisar halus,diayak dan ditimbang)
100 g tepung hong kong (diayak)
Asam hawflakes secukupnya
Pewarna hijau dan kuning
Cara membuatnya
1. Dalam mangkuk pengadun,pukul bahan A hingga kembang (guna ballon whisk hook,high speed selama 10 minit)
2. Dalam mangkuk lain putar bahan B hingga putih berkrim (k hook,speed 4 selama 5 min)
3.Satukan bahan no 1 dan no 2 tadi. Kacau sebati guna spatula.
4. Masukkan tepung biskut marie dan tepung hong kong sedikit demi sedikit sambil di kacau. Pastikan adunan benar-benar sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian,satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna kuning.
6.Mulakan melapis dengan warna kuning sebanyak 7 sudu makan.
7. Bakar dalam oven bersuhu 150 c yg telah dipanaskan terlebih dahulu. Selama 10 minit atau permukaan kek keperangan menggunakan api atas dan api bawah.
8. Keluarkan kek dan tekan menggunakan penekan kek sebelum meletakkan lapisan seterusnya.
9.Letakkan selapis lagi warna kuning(6 sudu makan) dan susun asam hawflakes di atasnya.
10. Bakar selama 10 min menggunakan api atas sahaja. Lapisan seterusnya juga semuanya guna api atas sahaja.
11. Buat 2 lapis warna hijau pula dan selangkan 2 lapis kuning dan seterusnya. Setiap lapisan kuning susun asam.
Lapisan terakhir warna kuning,dibakar menggunakan api atas dan api bawah selama 20 min.. Tutup permukaan kek dgn aluminium foil supaya tak hangus.
Pastikan kek benar-benar sejuk baru dikeluarkan dari acuan.
Bolehlah dipotong.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment