Friday, 4 March 2016

KEK LAPIS RED VELVET


Kek yg dibuat untuk anak-anak bawa balik ke kolej.
Sediakan acuan 4 persegi ukuran 8×8 inci,lapik dasarnya dgn kertas.

Bahan untuk Lapisan Merah
250 g mentega,suhu bilik
5 biji telur gred A
 150 g tepung hong kong
85 g tepung superfine/tepung kek
2 sudu makan serbuk koko
160 g gula kaster
150g susu pekat manis
135 g yogurt drink perisa mixed berries
1 st ovalet
Pewarna merah

Caranya
1. Dalam mangkuk pengadun,pukul mentega dan susu pekat hingga putih berkrim.
2. Dalam bekas lain pukul telur,gula,ovalet hingga kembang. High speed dlm  5min.Tukar ke min speed dan masukkan tepung dan serbuk koko sedikit demi sedikit hingga habis.

3. Satukan adunan no 1 dan no 2 tadi.

4. Masukkan yogurt drink dan pewarna merah,gaul hingga sebati.

5. Bahagikan adunan merah ini kepada 4 bekas berasingan,sama banyak.

Bahan Lapisan cheese
500 g cream cheese,suhu bilik
3 biji telur gred A
120 g gula kaster
Esen vanila

Caranya

Putar cream cheese hingga lembut. Masukkan gula,putar lagi hingga sebati. Masukkan telur dan esen vanila. Putar hingga sebati.

Bahagikan adunan cheese kepada 3 bekas sama banyak.
Cara membakar
Panaskan oven  pada suhu 140 c. Lapisan pertama dan kedua adunan merah.
Lapisan pertama bakar api atas bawah selama 10 min.
Lapisan seterusnya guna api atas sahaja.
Setelah bakar 2 lapis warna merah,letak satu bekas adunan cheese dan bakar api atas shj dlm 7 min.
Selangselikan hingga habis.
2 lapisan merah,1 lapisan cheese,2M,1C,2M,1C,2M,1C,2M.
Lapisan merah yg teratas sekali bakar guna api atas bawah selama 20 min,dan tutup permukaan kek dgn aluminium foil supaya tak hangus.

Sejukkan kek sebelum dikeluarkan dari acuan.


Sumber:Sury Abil,Sunah Sakura,PuteriManja,,Resepicitarasawan

No comments:

Post a Comment