Wednesday, 9 March 2016

Ayam masak lemak cili api



Bahan-bahan
8 ketul ayam,siap dicuci dan  digaram kunyit
1 btg serai dititik
1 biji tomato
1 keping asam gelugur
Garam secukupnya
1 cawan  santan

Bahan tumbuk
13 biji cili api
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Seinci kunyit hidup


Caranya.

 Bahan tumbuk ditumbuk lumat.


Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama ayam,serai dan 1/2 cawan air.
Masak atas api sedang hingga ayam empuk.

Masukkan santan. Kacau.

Masukkan asam gelugur. Biar mendidih sambil di kacau sekali sekala.
Masukkan tomato dan garam.

Biarkan mendidih,sambil dikacau. Angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment