Sunday, 6 March 2016

Flower sausage bun

Bahan doh bun

500 g tepung roti
100 g gula kaster
5 g garam
11 g yis segera
30 g mentega,dicairkan
1 biji telur,dikocok
220 g air

Beberapa batang sosej
Sos cili
Mayonis

Cara
Masukkan semua bahan dalam bread maker mengikut arahan. Mulakan program menguli  . BM sy jenama Pensonic,sy guna prog 12(leavened dough). Doh akan siap dlm 1 1/2 jam.
Keluarkan doh,tumbuk2 doh untuk mengeluarkan angin. Bahagikan doh kepada bebola seberat 40 g. Saya hanya guna separuh dari keseluruhan doh,separuh lagi sy masukkan dlm beg plastik dan simpan dlm freezer.
Rehatkan doh yg dibulat2kan tadi selama 10 minit.
Gulungkan sebatang sosej(sy rebus dulu,sejukkan dan lap kering) ke dlm doh dan di potong beberapa keratan tanpa putus.
Cara langkah demi langkah untuk membentuk flower sausage ni boleh rujuk di http://y3kfreerecipes.blogspot.my/2008/11/sausage-chicken-floss-buns.html.

Setelah siap semua,rehatkan doh selama 40 minit. Paipkan sos cili dan mayonis. Bakar dlm oven yg telah di panaskan pada suhu 190 celcius selama 10-12 minit.


Dari doh yg sama sebahagiannya sy buat hong kong style sausage bun. Doh sy timbang seberat 50 g. Cara me lilit doh pada sosej sy rujuk di sini: en.christinesrecipes.com/2010/03/hong-kong-style-sausage-rolls.html.

Nota.
Resepi ini juga boleh di buat tanpa BM
Sumber resepi doh ini sy ambil dari http://kwgls.wordpress.com/2014/09/09/basic-bread-dough-recipe-and-plum-blossom-sausage-buns.html

No comments:

Post a Comment