Wednesday, 9 March 2016

Wholemeal bread(water roux methode)


Bahan untuk water roux
1/8 cawan tepung roti
1/2 cawan air
Dalam periuk kecil,satukan tepung dan air,kacau sebati.
Masak atas api kecil sambil dikacau,dlm 10 minit. Tutup dengan plastik dan biarkan sejuk.


Bahan untuk roti

Kesemua water roux tadi
1 cawan air
2 sudu makan susu pekat manis
2 sudu makan minyak jagung
1/2sudu teh garam
2 cawan tepung roti
1 cawan tepung wholemeal
1 1/2 sudu teh  yis segera

Caranya

Dalam mangkuk pengadun masukkan tepung,garam,susu pekat,water roux, dan minyak. Masukkan yis.
Gaul menggunakan dough hook hingga sebati. Perlahan lahan masukkan air sambil terus mengadun.
Uli selama 15 min,jika melekit boleh tambah sedikit tepung roti. Doh   mesti tidak terlalu basah atau terlalu kering.
Tutup dan rehatkan doh selama 1 jam.
Alas meja bekerja dengan plastik,keluarkan doh. Doh agak lembut,guna sedikit tepung semasa mengendalikan doh. Bentukkan doh dan masukkan dalam proofing basket.
Rehatkan lagi 1 jam.
Panaskan oven 170 darjah celcius,bakar selama 20 minit.


Biar betul-betul sejuk barulah dipotong.


Sedap di sapu mentega berbawang putih dan ditabur daun parsley kering. Dibakar seketika dlm oven.


No comments:

Post a Comment