ROti ni dibuat daripada lebihan doh yg sy buat sausage bun. Resepi dough di Sini.
Keluarkan doh dari freezer dan biarkan lembut pada suhu bilik. Timbang seberat 60g dan bulat2kan. Rehatkan doh 5 minit. Kemudian boleh di bentuk.
Untuk membentuk kun boleh gunakan acuan cream horn yg dibeli atau buat sendiri menggunakan kertas manila dan aluminium foil.
Acuan cream horn agak kecil jadi sy memilih untuk membuat sendiri kun sy bg menghasilkan bread cone yg agak besar.
Setelah siap melilit doh pada acuan susun atas dulang pembakar dan rehatkan doh selama 1 jam. Sapu permukaan roti dengan telur dan bakar dalam oven bersuhu 180 c selama 12 minit.
Cara lengkap untuk membuat kun sendiri boleh rujuk sini.
Www.homecookingadventures.com/recipes/bread-cones
Untuk filling roti ni sy goreng 2 biji telur hingga hancur(scramble egg) dan letak sedikit sos cili dan mayonis.
Masukkan telur dalam lubang kun menggunakan sudu kecil.
No comments:
Post a Comment